You are currently viewing Bagaimana Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) Voda Berfungsi?

Bagaimana Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) Voda Berfungsi?

Proses penuaian air hujan boleh diringkaskan dalam 3 langkah mudah:

collect icon

Langkah 1 – Pengumpulan

store icon

Langkah 2 – Penyimpanan

reuse icon

Langkah 2 – Penyimpanan

Malaysia sangat bertuah dengan kekerapan hujan lebat yang berukuran antara 2000mm ke 2500mm setiap tahun.

Oleh itu, ia merupakan pembaziran jika air hujan ini tidak digunakan.

Penuaian air hujan merupakan proses pengumpulan dan penyimpanan air hujan untuk pengunaan semula.


Langkah 1 – Pengumpulan

Air hujan disalurkan dari bumbung melalui sistem saliran seperti longkang (gutter) dan paip air hujan (rainwater downpipe). Sebelum memasuki tangki Voda, air hujan akan melalui penapis (Voda Self‑Cleansing Filter) yang membantu mengasingkan kotoran kasar dan seterusnya, mengalirkan air bersih ke tangki simpanan Voda.

step1-collect
Sistem Pengumpulan Air Hujan (SPAH) Voda 1 -300L yang menjimatkan ruang & menggunakan kuasa graviti

Langkah 2 – Penyimpanan

Air hujan yang dikumpul kemudiannya disalurkan ke dalam tangki simpanan air hujan / tangka SPAH (Voda Rainwater Tank) untuk disimpan.

Tangki air hujan / tangki SPAH Voda boleh didapati dalam pelbagai saiz bergantung kepada penggunaan & ruang yang ada.

Berbeza dengan tangki konvensional yang besar dan memerlukan ruang yang luas serta pam elektrik, sistem penuaian air hujan / sistem SPAH Voda direka secara kompak (slim) dan dipasang pada dinding, menjimatkan ruang. Ia juga hanya menggunakan kuasa graviti (tanpa elektrik) menjadikannya sistem sifar karbon & mesra alam.

2-store
Sistem Penuaian Air Hujan / Sistem SPAH Voda 2 – 100L yang menjimatkan ruang & menggunakan kuasa graviti

Langkah 3 – Guna Semula

Air hujan yang disimpan mempunyai pelbagai kegunaan termasuklah bagi siram tanaman, landskap, pencucian di luar rumah dan pancuran tandas.

step3-use
Gambarajah: Bagaimana Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) Voda Berfungsi
  1. Tangki air domestik sedia ada – untuk sambungan semula kepada bekalan air paip
  2. Penapis Self-Cleansing Voda – menapis kotoran (daun, dahan, serangga)dan mengalirkan air hujan ke tangki Voda
  3. Paip limpahan (Overflow) – bagi pengeluaran air limpahan
  4. Pendakap dinding Voda (Wall Mounting Bracket) – menyokong tangki pada dinding
  5. Paip agihan – menyalur air ke tandas dan tap
  6. Mekanisma Sokongan Air Domestik Voda ‘Back Up’ Mechanism – Menambah air domesik sehingga 20% apabila tangki air hujan kering membolehkan penggunaan tanpa gangguan walaupun ketika musim kering
  7. Gutter – tempat pengumpulan air hujan
  8. Pili (Garden Tap) – Paip air hujan Garden Tap

Untuk maklumat lanjut mengenai sistem pengumpulan air hujan / sistem SPAH Voda Voda atau mendapatkan sebut harga, hubungi kami melalui admin@synergy-contract.com.

Hubungi Kami

Green Master Harvest Sdn Bhd