Mengapa Pentingnya Memelihara Sumber Air
United Nations meramalkan bahawa 50% penduduk dunia dijangka akan mengalami tekanan air menjelang tahun 2050, manakala 1.2 bilion orang akan kekurangan air minuman.
Situasi ini berpunca daripada pertambahan populasi dunia serta peningkatan suhu global (pemanasan global) yang ditingkatkan oleh aktiviti manusia seperti penebangan hutan, perindustrian, dan lain-lain.
Sebagai contoh, Lembah Klang dan Negeri Sembilan mengalami krisis air yang teruk pada tahun 2014, di mana penduduk terkesan akibat cuaca panas dan kering yang menyebabkan penurunan paras air di empangan secara mendadak.
Krisis yang berlangsung dari Februari hingga Ogos 2014, bukan sahaja mengganggu kehidupan harian, malah memberi kesan besar terhadap aktiviti ekonomi.

Mengapa Berlakunya Krisis Air Walaupun 70% Permukaan Bumi Diliputi oleh Air?

Walaupun 70% daripada permukaan bumi dilitupi air, hanya sebahagian kecil sahaja yang boleh digunakan oleh manusia.
Daripada 2.6% air tawar, sebahagian besar berada dalam bentuk ais di glasier & kutub, dan yang tinggal hanya 0.59% yang boleh digunakan untuk kegunaan harian.
Kenapa Tidak Boleh Minum Air Laut?
Air laut sebenarnya boleh dirawat untuk menjadi air minum. Tetapi, kerana air laut mengandungi garam, ia perlu melalui proses penyahgaraman (desalinasi) untuk membuang komponen mineral daripada air masin bagi menghasilkan air yang selamat untuk diminum.
Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan utama dalam proses desalinasi.
Pembinaan loji desalinasi memerlukan kos infrastruktur yang tinggi. Walaupun mahal, desalinasi hanya menumbang sekitara 1% sahaja daripada bekalan air minum dunia.
Proses ini memerlukan banyak tenaga — bukan sahaja berkos tinggi, proses ini juga meningkatkan pelepasan karbon yang menerukkan pemanasan global.
Desalinasi juga jauh lebih mahal berbanding air tawar dari permukaan, bawah tanah, air kitar semula. Selain daripada itu, sesetengah loji desalinasi dilaporkan mengakibatkan kerosakan pada ekosistem marin.
Mengapa Air Hujan Merupakan Alternatif Terbaik

Ianya Percuma
Air hujan jatuh terus ke atas bumbung, menjadikan sumber air ini percuma sepenuhnya. Air tersebut hanya perlu dikumpul dan disimpan untuk digunakan semula.
Mengurangkan Bil Air
Air hujan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan bukan minuman seperti menyiram pokok, kerja-kerja landskap, mencuci luar rumah dan membilas tandas, ‘toilet flushing’. Penggunaan tersebut boleh mengurangkan penggunaan air terawat sebanyak 30% hingga 50%.
Sebagai Air Sokongan (Back Up)
Tidak perlu risau lagi jika berlaku gangguan bekalan air atau kecemasan. Pokok & landskap tidak perlu diabaikan, dan anda sentiasa mempunyai bekalan air alternatif.
Dengan menggantikan air terawat dengan air hujan untuk kegunaan seperti penyiraman tanaman, pencucian luar, dan curahan tandas, air terawat boleh dijimat untuk minuman dan keperluan penting.
Mengurangkan Jejak Karbon (Carbon Footprint)
Proses merawat, memanaskan dan mengagihkan air paip menggunakan tenaga tinggi dan menghasilkan jejak karbon.
Sebaliknya, penuaian air hujan yang berfungsi secara graviti tanpa pam adalah sistem karbon sifar kerana tiada tenaga elektrik diperlukan.

Sebagai Alat Pendidikan
Apabila sistem penuaian air hujan dipasang, ia bukan sahaja memberi manfaat kepada sendiri, tetapi juga membangkitkan kesedaran komuniti.

Begitu juga, jika sekolah, pejabat atau institusi yang mengamalkan penuaian air hujan, ia bukan sekadar alat penjimatan air, tetapi juga memupuk kesedaran tentang kepentingan air kepada semua.

Manfaat Lain Daripada Penuaian Air Hujan
- Tadahan air hujan membantu mengurangkan aliran permukaan semasa hujan lebat, sekali gus mengurangkan aliran ke sungai dan mengurangkan risiko banjir dan hakisan tanah.
- Air hujan sangat sesuai untuk penyiraman pokok dan pengairan landskap kerana tidak mengandungi bahan kimia seperti fluorida dan kloramin yang biasa terdapat dalam air terawat.
Penuaian Air Hujan Bukan Semuanya Mesra Alam
Kebanyakan sistem pengumpulan air hujan tradisional memerlukan pam elektrik untuk berfungsi — bagi mengepam air hujan yang disimpan dari tangki SPAH (yang diletakkan di atas tanah atau bawah tanah) ke saluran keluar atau tandas (WC).
Pam ini bukan sahaja mahal, malah memerlukan kos tambahan untuk penyelenggaraan dan penggantian. Tambahan pula, pengguna perlu mempertimbangkan kesan kos sekiranya tarif elektrik meningkat.

Matlamat utama penuaian air hujan adalah untuk bersikap mesra alam. Namun seperti disebutkan tadi, kebanyakan sistem memerlukan pam elektrik untuk berfungsi, yang sebenarnya meningkatkan pelepasan karbon — sekaligus menjejaskan objektif asal sistem itu sendiri untuk menjadi lebih lestari.

Voda Direka untuk Memudahkan Penuaian Air Hujan
Kepentingan sistem tadahan air hujan yang mudah digunakan dan berkarbon sifar telah mendorong kami untuk menjalankan kajian & pembangunan secara menyeluruh terhadap sistem penuaian air hujan.
Dengan hasrat untuk menggalakkan penuaian air hujan dan bagi melindungi sumber paling berharga — air, kami mereka bentuk Sistem Penuaian Air Hujan Voda.
Dengan Sistem Penuaian Air Hujan / Sistem SPAH Voda, pengguna boleh menuai air hujan dengan sistem yang mudah diselenggara dan berfungsi tanpa pam elektrik.

Pengguna juga boleh menuai air hujan tanpa mengorbankan ruang kerana reka bentuk Voda yang unik dan dipasang di dinding.
Sistem Penuaian Air Hujan Voda juga boleh dipasang dengan mudah melalui pendekatan “plug and play”, tanpa memerlukan ubah suai besar pada struktur bangunan atau mengganggu aktiviti harian.
Selain itu, sistem SPAH ini direka dengan gaya yang moden dan kemas, serta tersedia dalam pelbagai warna yang boleh melengkapi rupa luar mana-mana premis.

Untuk maklumat lanjut mengenai sistem pengumpulan air hujan / sistem SPAH Voda Voda atau mendapatkan sebut harga, hubungi kami melalui admin@synergy-contract.com.
Hubungi Kami
Green Master Harvest Sdn Bhd
- Laman Web: vodarainwaterharvesting.com
- Emel: admin@synergy-contract.com
- Nombor Tel: +603 9081 5076 | +6010 228 9652

