Memilih sistem penuaian air hujan / sistem SPAH yang sesuai agak mencabar, terutamanya apabila terdapat pelbagai sistem di pasaran.
Keupayaan dan fungsi teknikal setiap sistem SPAH agak berbeza. Namun, perbandingan antara model boleh menjadi satu perkara yang sukar.

Memilih sistem penuaian air hujan / sistem SPAH yang sesuai agak mencabar, terutamanya apabila terdapat pelbagai sistem di pasaran.
Keupayaan dan fungsi teknikal setiap sistem SPAH agak berbeza. Namun, perbandingan antara model boleh menjadi satu perkara yang sukar.
1. Kapasiti & Kegunaan
Apakah kegunaan air hujan yang disimpan?
Adakah ia untuk curahan tandas, penyiraman landskap, mencuci kereta atau hanya untuk cucian am?

Secara umumnya, jika tujuan hanya untuk menyiram tanaman di taman yang bersaiz sederhana, tiada keperluan untuk menggunakan tangki SPAH bersaiz besar.
Jika sudah jelas dengan objektif penggunaan pengumpulan air hujan, apakah isipadu air yang diperlukan untuk aktiviti-aktiviti tersebut?
Sebagai contoh, ada di kalangan pengguna sistem Voda yang lebih peka dengan liter air yang diperlukan untuk tamanan mereka. Sekiranya tidak pasti, jangan risau.
Semasa fasa pengumpulan maklumat, pakar penuaian air hujan Voda boleh membantu menganggarkan penggunaan air dalam aktiviti seharian.
Untuk menyiram tanaman, penggunaan air akan ditentukan berdasarkan saiz keluasan taman tersebut.
Untuk pembilasan tandas, penggunaan air akan ditentukan berdasarkan bilangan orang & tandas sedia ada di rumah.
Mengapa pentingnya untuk mengetahui kadar penggunaan air?
Kadar penggunaan air boleh membantu menentukan saiz tangka tadahan air hujan dan jangkaan penjimatan air.
Dari data meteorologi, kekerapan air hujan yang akan mempengaruhi penggumpulan juga dapat dianggarkan.
Mengapa pentingnya mendapatkan “saiz yang betul”?
Didapati lebih banyak kelemahan dalam pengunaan tangki SPAH besar berbanding yang kecil.
Pertama, ia merupakan satu pembaziran apabila menggunakan tangki SPAH besar untuk kegunaan harian yang rendah.
Kedua, tangki SPAH besar mungkin tidak diperlukan memandangkan keadaan iklim di Malaysia, di mana hujan adalah kerap dan lebat.
Apabila air hujan dikumpul jauh lebih tinggi daripada ada yang diperlukan, risiko air bertakung adalah lebih tinggi yang boleh mengakibatkan masalah seperti pembiakan nyamuk & pertumbuhan alga.
Masalah seperti ini, akhirnya, menyebabkan para pengguna menbuangkan air hujan dari tangki SPAH, mengakibatkan pembaziran.
Ini sebabnya Sistem Penuaian Air Hujan / Sistem SPAH Voda diwujudkan, dalam bentuk dan saiz yang “compact”, penyelenggaran rendah dan sesuai dalam pertimbangan aspek iklim & penggunaan.
Ramai yang menyangkakan, dengan pemilihan tangki yang lebih besar, mereka dapat jimat lebih banyak
Namun, jumlah air yang dikumpulkan tidak semestinya sama dengan jumlah air yang berjaya dijimatkan.
Akhirnya, jumlah penjimatan air bergantung kepada diri pengguna sendiri & tahap pengunaan – iaitu sejauh mana pengunaan air paip dapat diggantikan dengan air hujan?
Kajian menunjukkan bahawa hampir separuh daripada penggunaan air isi rumah boleh digantikan oleh “non-potable water” (air bukan kualiti minuman).
Ini bermakna, sekiranya air hujan digunakan sepenuhnya untuk tujuan tersebut, penjimatan bil air sehingga 50% boleh dicapai.
Studies have shown that almost half of an average household’s water consumption goes into non-potable uses. This means that, if you are willing to use rain to its highest potential, you can be comforted that you’ll enjoy some 50% slash in water bill at the very least.
2. Jenis-jenis Sistem & Penyelenggaraan
Sistem tadahan air hujan secara umum adalah dibahagikan kepada konvensional dan tidak konvensional.
Tangki simpanan air hujan Sistem Konvensional biasanya disimpan di atas tanah atau bawah tanah.
Tangki SPAH Konvensional biasanya besar & dapat mengumpul isipadu yang tinggi yang sesuai digunakan di negara yang jarang hujan lebat & sering keramau.
Oleh kerana cara penyimpanannya, sistem SPAH Kovensional memerlukan pam elektrik untuk berfungsi.

Tangki simpanan air hujan Sistem Konvensional biasanya disimpan di atas tanah atau bawah tanah.
Tangki SPAH Konvensional biasanya besar & dapat mengumpul isipadu yang tinggi yang sesuai digunakan di

Tangki SPAH konvensional juga ada kelebihannya.
Ia boleh menyimpan jumlah air yang banyak dan sangat sesuai untuk pembangunan berskala besar.
Namun, penggunaan pam menjadikannya kurang mesra alam, meningkatkan kos sistem, dan memerlukan penyelenggaraan berkala.
Saiznya tangka tadahan air hujan yang besar juga memerlukan ruang simpanan yang luas.
Inilah sebab mengapa semakin ramai memilih sistem tidak konvensional, terutamanya bagi pembangunan dan premis kediaman.
Tujuan utama Sistem Penuaian Air Hujan / Sistem SPAH Voda dicipta adalah untuk mengatasi isu-isu ini.
Dengan pemasangan sistem Voda pada dinding, penggunaan ruang yang cekap, sifar karbon, kos mampu milik dan penyelenggaraan rendah dapat dicapai.

Selain dua kategori ini, terdapat juga sistem DIY (buatan sendiri). Dalam kalangan pengguna Voda, ada yang pernah berjaya dan terus menggunakannya.
Namun ada juga yang tangka tadahan air hujannya menjadi tempat pembiakan nyamuk — akhirnya sistem SPAH itu tidak digunapakai lagi. Oleh itu, aspek praktikal perlu diutamakan semasa memilih sistem.
3. Harga
Amat dihargai apabila para pengguna mengumpul air hujan secara sukarela demi melindungi sumber air.
Meskipun kos sara hidup meningkat dan tarif air masih rendah, kalangan yang mesra alam tetap melabur dalam sistem penuaian air hujan / sistem SPAH dan memahami nilai sistem tersebut terutamanya, untuk masa hadapan.
Namun begitu, penjimatan kos masih menjadi pertimbangan penting.
Harga sistem penuaian air hujan / sistem SPAH di pasaran bermula sekitar RM2,000 hingga RM10,000, dan boleh mencecah RM25,000 bergantung kepada spesifikasi sistem.
Oleh itu, ia adalah penting untuk merancang keperluan #1 Kapasiti & Penggunaan dengan jelas. Jika tidak, pengunna akan berakhir dengan pembelian jenis sistem SPAH yang tidak perlu.
Sebagai contoh, kami tidak akan mengesyorkan pembelian First Flush Diverter/System sekiranya objektif sistem SPAH hanyalah untuk penyiraman landskap.
First Flush Diverter berfungsi menyingkirkan 10%-15% air hujan pertama yang biasanya mengandungi kotoran seperti najis burung, debu dari bumbung lama atau air hujan berasid.
Ciri ini adalah sistem pembersihan sekunder — kerana sistem penuaian air hujan biasanya sudah dilengkapi dengan penapis asas (Voda Self Cleansing Filter).
Sudah tentu, pelanggan boleh memilih untuk menambah First Flush Diverter sebagai penapis tambahan atas pilihan sendiri, tetapi ia bukan satu keperluan wajib.
Begitu juga, jika kediaman anda mempunyai pelantar konkrit yang sesuai untuk tangki air dan tekanan air bukan kritikal, pam adalah tidak perlukan.

Keperluan yang berbeza di kalangan pengguna adalah penting untuk diambil tahu, dan pelbagai variasi sistem SPAH Voda telahpun direka bentuk untuk memenuhi keperluan masing-masing.
Contohnya, walaupun sistem Voda direka untuk menyelesaikan isu penuaian air hujan dan sesuai digunakan untuk pelbagai kegunaan (seperti curahan tandas dan penyiraman), ada juga pelanggan yang hanya mahukan sistem asas untuk kegunaan kecil seperti berkebun.
Itulah sebabnya kami memperkenalkan Voda Cylinder — tangki simpanan air hujan SPAH yang minima tanpa ciri berlebihan dengan reka bentuk minimalis.
Selain harganya yang mampu milik, Voda Cylinder juga mempunyai pelbagai saiz dan harga untuk memenuhi keperluan berbeza.

Analisasi pilihan boleh menghasilkan penjimatan kos yang tinggi. Oleh itu, kami menggalakkan perundingan dengan pakar sistem penuaian air hujan / sistem SPAH untuk mendapatkan cadangan sistem yang paling optimum.
📞 Untuk maklumat lanjut mengenai model sistem pengumpulan air hujan / sistem SPAH Voda atau mendapatkan sebut harga, hubungi kami melalui admin@synergy-contract.com.
Hubungi Kami
Green Master Harvest Sdn Bhd
- Laman Web: vodarainwaterharvesting.com
- Emel: admin@synergy-contract.com
- Nombor Tel: +603 9081 5076 | +6010 228 9652
