Malaysia Sistem Penuaian Air Hujan Spah Yang Tidak Menguna Pam Elektrik

Malaysia Sistem Penuaian Air Hujan Spah Yang Tidak Menguna Pam Elektrik

VODA Sistem Penuaian Air Hujan Spah di Kuala Lumpur

Jenis: Rumah Teres
Tarikh Pemasangan: May 2014

Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia – Voda Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) merupakan hasil penyelidikan Green Master Harvest, yang direka terutamanya untuk iklim negara Malaysia.

Air hujan yang dikumpul oleh Voda boleh digunakan untuk pelbagai kerja-kerja pembersihan, penyiraman pokok bunga dan ‘toilet flushing’ seterusnya boleh menjimatkan perbelanjaan bil air.

Ciri-ciri unik Voda berbanding dengan sistem lain adalah ia boleh digantung pada dindin. Oleh itu, dengan kuasa graviti, ia tidak memerlukan pam elektrik untuk berfungsi. Dengan itu, ia bukan sahaja baik untuk persekitaran dan penjimatan ruang, kos ia juga berpatutan.

Setiap Voda dilengkap dengan penapis air hujan (filter) yang “self cleanse” dan tidak memerlukan pengyelenggaraan yang kerap. Ia dapat memastikan air hujan yang disimpan sentiasa bersih.

Sejak pelancaraan Voda, sistem Voda telah dipasang di pelbagai pembangunan perumahan dan rumah-rumah di Malaysia, terutamanya di negeri-negeri yang merwartakan kegunaan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) seperti negeri Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor, Melaka, Kelantan dan Perlis.

Jika ada apa-apa pertanyaan, sila hubungi kami di sini.